Saturday, February 8, 2014

LAgu Oh LagU

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatuallah hiwabarokatuh

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama dalam coretan blog untuk hari ini.
Alhamdulillah hari ini semuanya baik-baik sahaja. pada hari ini alaiyna lebih ertarik ntuk berkongsi tentang LAGU

Lagu bukanlah satu yang asing dalam hidup manusia.Malah,tidak keterlaluan andai Alaiyna katakan bahawa setiap hai kita pasti mendengar lagu.Lagu seringt dikaitkan sebagai hawa telinga.Ya benar,tidak ada salah dari segi apa yang diperkatakan.Namun apa yang ingin dibagkitkan,sejauh mana dari lagu yang kita sifat sebagai hawa telinga itu bukan sekadar hiburan tetapi, kita dapat memperoleh lebih dari 1 manfaat daripada  lagu yang didengar.

Jom kita sama-sama nyanyikan lirik lagu di bawah:



Sutera Kasih 

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Friday, February 7, 2014

ENTRI PERTAMA


Bismillahirrhmanirrahim

Assalamualaikum warahmatuallah hiabarokatuh

Alhamdulillah pada kesempatan waktu yang ada telah merupakan salah satu faktor penyebab utuk saya meletakkan diri di dalam dunia maya penulisan blog.Berkat dorongan dari sahabat yang sangat di cintai juga telah mengukuhkan lagi keyakinan untuk memulakan gerak seni dalam dunia penulisan.Sebelum ini saya pernah mencuba untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog namun,terkandas di tengah jalan dek kerana tidak ada komitmen yang diberi.Namun untuk kali ini,saya membuat perjanjian dengan diri sendiri untuk serius dalam penulisan blog.Mudah-mudahan entri yang pertama ini memberi ruang dan imprasi yang baik dari anda terhadap saya.

sampai disini buat permulaan ini.
Maas salamah waillal liqak

                                         * Fabiaiyiaalaaa irrobbikuma tukazzibannn*